Perlukah ber’boypren’ skang??
Januari 25, 2008 at 8:15 pm | In Rutin Harian | 2 CommentsEsok, 27 Januari genaplah usiaku yg ke-25…apa perasaan ya bila umur dah sampai suku abad ni?bagi aku, selagi cita2ku lom tercapai, selagi itulah aku lom rasa kepuasan dlm hidup ni! Baru2 ni kawan lama ada mesej aku..fizah, ko dah ada bf ke lom? So, terkejut jugaklah itu soalannya..yelah dia dah kawen n taklama ada la anak..aku?anak tekak adalah..hehe….So, menjawap kepada sms kawan aku tadi, aku taip je lom ada..
Bila tgk frenster kawan2 ramai yg dah berumahtangga, sedikit sebanyak timbul rasa cemburu di hati ini…tp bila aku suarakan rasa hatiku ini pada emak..emak x kisah pun..emak ckp..beljar dulu smpai dpt phd..baru la nnt mak carikan jodoh.fuyoo..tak sangka mak begitu sporting…betul gak ckp mak..sebab mak ni dia tau apa yg terbaik utk anaknya…
Semester ini aku mmg kerap balik Ipoh, aku rindu sgt dgn nasyatku….jgn pula keliru..nasyat tu anak buah ku yg ketiga…dan aku rasa thn ni pun aku nak spend lebih masa dgn keluarga..xtaula naper berperasaan begini.. Masa aku balik Ipoh baru ni, aku betul2 terasa bermotivasi nak belajar dgn cemerlang bila lihat muka mak n ayah aku…apa kemahuan ku semua dituruti..aku teringin nak makan mcm2..antaranya laksa penang, bengkang bawang goreng yg special buatan mak n even kerepek ubi pun aku teringin!! So, mlm sebelum balik, aku, ayah n mak bertungklus lumus buat kerepek..aku n ayah hiris ubi, sebab alat nak potong ubi tu dah tak tajam..manakala mak pula tukang goreng sambil buat bengkang…terharunya….aku rasa aku sgt tak patut hampakan harapan mak ayah nak lihat aku berjaya.. Biarlah aku lambat bina keluarga sendiri, asalkan aku dapat bina kerjaya yg mantap dulu…biarlah aku berpanas n berhujan naik moto ayah aku ke sana ke sini asalkan hidup aku bahagia..padahal dlm hati ni jeles gilerz tgk kawn2 dah tayang keter masing2…huhu
Mmg benarlah kata org..bukan senang nak jadi senang..bukan susah nak jadi susah….tp aku selalu ingat ckp kakak aku..takpe ja..bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian… Aku teringin sgt nak merantau negara org utk menuntut ilmu..aku teringin nak berdiri setanding dgn mat2 salleh kat western coutries tu dlm menuntut ilmu ini..teringin sgt..kalau boleh aku nak harumkan nama negara aku..wah patriotik tul aku ni!!
Ramai di kalangan kawan2 aku sering bertanya padaku..fizah, tak letih ke nk belajar lagi 5 thn lg?Tak boring ke?Belajar mmg letih..tipulah sapa kata tak letih…kadang2 bila otak letih, badan pun turut sama letihnya..tp kepuasannya akan lebih terasa bila kita dah berjaya menguasai ilmu tu…bagi aku, istilah boring atau bosan mmg tak ada dalam istilah kamus hidup aku sebab setiap hari kita akan jumpa dgn ilmu baru…lagi dlm kita kaji sesuatu ilmu, sebenarnya, lagi byk ilmu kita tak tau….sebenarnya, bila kita dah mula minat sesuatu ilmu itu, bila kita belajar, kita akan menemui satu titik keseronokan yg menyebabkan kia tak sedar masa tu berlalu dengan pantasnya..dan alhamdulillah..dari hari ke sehari, aku sudah menemui titik keseronokan itu..
So, menjawap kepada persoalan…”perlukan aku berboypren skang??” sudah tentu jawapnya belum masanya lagi…biarlah aku kejar cita2 dan impian yg peluangnya dah terbentang depan mata ni…walaupun aku tak kaya harta, tapi aku ingin kayakan diri aku dgn ilmu dahulu kerana setiap hamba Allah yg berilmu, kedudukannya tinggi di sisi Allah…
berdebar-debar…
Januari 18, 2008 at 1:00 am | In Rutin Harian | 1 Commentseperti biasa rutin harianku ialah stay library dr pagi smpai ke petang…so semalam pas balik lunch, aku naik la bilik coz nak ambil buku nak pulang kat pustakaan bahasa..actually buku tu dah lewat..so, nak tak nak kena lah balik bilik ambil…bila dah sampai bilik al-maklumlah apa yg berlaku..konon2 nak berehat @ tidur jap..alih2 kul 3.15 ptg baru aku kuar dr bilik..terlajak tdo la tu…
bila aku smpi balik ke library..pelik la aku sebab tgk abg2 library lepak kat luar..rupa2nya blackout kat library tu..aku apatah lagi berdebar gilerz..bukan apa…aku dgn selambanya tinggal laptop kat dlm library tu..
dgn berbekalkan tenaga yg tersimpan, aku naik ke tingkat 4 dgn lajunya..smpi je aras tu…hatiku bertambah berdebar sbb floor tu dah gelap gilerz….possibility laptop ku xde amatlah tinggi..
bila sampai je tpt studi tu..lega sgt sebab laptop kesayangan aku masih ada…itulah satu2 nya harta aku kat dunia ni…yelah laptop tu adalah hasil simpanan gaji ku sejak aku kerja lepas degree…bayar cash lg..kalaulah hilang..abisla …
so, pengajaran sr ctu ialah..jgnlah tinggal laptop kat library..walaupun rasa selamat…
namun ku panjatkan kesyukuran pada Allah sebab laptopku ini xdiambil org…alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Akhirnya tercapai cita-citaku…
Januari 17, 2008 at 1:47 am | In Rutin Harian | 7 Commentsakhirnya tercapai cita2 ingin memiliki blog sendiri..wakakaka…sebelum asyik memenuhkan inbox org je dgn “notification” yg aku dah update blog kat frenster…
untuk first kiriman ke blog ni aku nak citer pasal kelas semalam yg aku masuk..actually semalam tu supposely to become my 3rd class as this week is already my third week in this semester…but last week ada something yg berlaku menyebabkan my lecturer cancel the class
sure pening je baca blog aku mix english malay…
ok, sambung citer balik…sebelum kelas bermula, aku sempat sembang ngan dia…tanya lah sama ada dia sedang sambung phd atau belum..so, rupa2nya dia pun cam aku yg statusnya sdg meninjau2 tempat kat ne yg dia nak smbg..katanya tahun depan..so, samalah ngan aku…sebab skang ni aku pun tgh intai2 mana universiti yg best nak g sambung…
sembang punya sembang, dipendekkan cerita dia ckp kalau bidang IT/sainc komp, better gi US sebab kat sana universiti diorg the best..aku pun ckp la..US jauh bangat deh…23jam dari mesia..mau kebas bontot aku dlm belon nnt..so, dia ckp memandangkan aku still single n available (promote ckit..hehe), lebih baik g sana ..senang,,tak yah la nak angkut laki n anak2 ke sana..kita duk sorg2 lg sng nak survive..
baguih mmg baguih cdgnnya cuma aku bgtau dia, “Puan, saya ni bukan budak pandai, masa degree dulu pun bukan budak 1st class, saya rasa untuk sambung phd ni saya tak layak..saya bukan insan yg cerdik apatah lagi bijaksana. kawan2 lain wat master kat oversea, saya sorg je tercampak kat mesia lagi..”
tp yg aku sukaaaaaaaaaa sgt pasal lecturer ni dia siap motivate aku, katanya ada hikmah aku kat mesia lg, n satu lg ni phd ni bukan utk budak2 yg genius je, yg penting kena ada disiplin diri n luck…so, after converssation tu aku terus rasa semangat nak sambung master dissertation aku yg dah terbengkalai hampir 1 bulan…huhu
yg penting, apa yg aku rasa ialah aku benar2 telah bermotivasi utk lakukan yg terbaik utk diri sendiri, mak ayah, keluarga, n demi agama, bangsa n negara! aku xboleh toleh belakang lagi..kerana semuanya sudah terbentang depan mata, yg penting aku mesti tunaikan harapan mereka…terima kasih kat puan norlia yg aku rasa dia mcm my sis je sebab orgnya pun muda lg…
kadang2 bila sembang pasal sambung belajar ni, bukan semua org ada interest yg sama…yelah dengan degree pun dah cukup nak dpt kerja yg bagus sama ada kat gomen atau private..tp itu bukan target aku skang…biarlah aku perlu menghabiskan usia aku sekitar 4 ke 5 thn lagi dlm mengejar matlamat ku itu walaupun sesungguhnya menuntut ilmu itu perlu sehingga ke liang lahat!
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.