Tanggungjawap sebagai seorang muslim
Julai 24, 2008 at 1:16 am | In Diari Harianku | Leave a CommentSepanjang bulan Julai ni, banyak pula “bala” yang melanda diri ku..aku tau Tuhan takkan uji hambaNya melainkan dia mampu untuk melaluinya..
Lama juga aku duk muhasabah diri kenapa satu persatu perkara yg tidak menyenangkan berlaku ke atas diriku..barulah aku sedar aku belum menunaikan kewajipanku dengan membayar zakat pendapatan
Mujur hari tu terlintas aku nak simpan nombor akaun bank rumah anak-anak yatim yg aku peroleh dari mak. Menurut seorang ustaz yg merangkap salah seorang kenalan rapatku, pengiraan zakat pendapatan dikira dengan mendarabkan 2.5% dengan jumlah pendapatan tahunan (termasuk segala jenis pendapatan+elaun) yang telah ditolak dengan tanggungan sara hidup diri RM8000 dan jumlah tahunan yg kita bagi kat parents. So, ada gak la beberapa ratus yg aku perlu bayar. So, aku decide nak masukkan dahulu 1/2 daripada jumlah zakat yg aku dpt ke akaun bank rumah anak2 yatim nurul ihsan. Kemudian, aku akan masukkan bakinya setelah aku terima gaji esok.
Mudah2an ibadahku diterima. Tujuan aku tulis kat sini tiada unsur2 riak di hati cuma sama2lah kita ingat-mengingatkan antara satu sama lain akan kewajipan kita yg satu itu.
Benarlah kata sahabatku itu, andai kata negara kita mengamalkan undang2 Islam, maka kayalah negara kita dengan setiap rakyatnya membayar zakat, maka secara tidak langsung akan terhapuslah rakyat miskin di negara kita.
Nota kaki: no akaun CIMB Rumah Anak2 Yatim Nurul Ihsan 08150067925520
Rumah Anak2 Yatim Nurul Ihsan terletak di Sg Siput, Perak di bawah naungan Dr Shukur (Dr yg ada klinik kat simpang pekan Tg Rambutan tu)
Dreber bas dan wanita zaman kini
Julai 24, 2008 at 1:06 am | In Diari Harianku | Leave a CommentBeberapa minggu lalu, aku balik kampung. Aku nak share sikit pengalaman aku yg aku dpt masa aku tgh beratur beli tiket bas balik kl…aku sempat bersembang dng driver bas yg duk menempel kat kaunter tiket..asalnya kakak yg jaga tiket tu tegur aku gini..
”dik, nak naik bas kul 11.30 pg ke? ” so, ntah camana driver bas yg duk menempel kat ctu menyampuk..eh, nape panggil dia adik…kan kakak tu..oic..mentanglah badan aku ni besar n tinggi…nampak la aku tua ek..tapi bukan itu yg aku kisahkan..Cuma rentetan selepas isu umur itu, aku ckpla aku ni „muda” lg..sebab tgh belajar lg…hahaha..silap aku gak perasan muda ..tp mmg aku rasa kakak tu lagi tua…
Pastu si abg driver ni tnyla aku belajar lg ke..so, aku ckpla belajarlg kt um n tgh wat master..pastu komen dia pas aku ckp aku belajar ni yg menyebabkan aku berckp dalam hati..”ada gak org yg masih berfikiran sempit cam ni lagi..!!”
Nak tau dia cakap apa..”buat apalah nak belajar tinggi2..sebab perempuan ni akhirnya tempatnya ke..??” dia biarkan ayat dia tergantung..
Aiyer…sempitnya fikiran org tu..so, aku dgn selambanya ckp..sy belajar ni pun kerja dah tunggu..Cuma nak penuhi syarat kelayakan jer..”ter’riak’ pula time tu..naper..kalu org perempuan ke dapur pun sekalipun tempatnya, salah ke kalau dia nak penuhi ilmu di dada dgn ilmu…zaman skang ni ingat cukup ke kalau husband keje sorg…taraf hidup makin tinggi..kalau dia mampu pun, alih2 keperluan minimum je dpt disediakan…
Wahai wanita2 kat luar tu, takkan kita nak tgk anak kita pakai baju yg murah je..yg pakai sekali dua dah reput..mesti kita nak bagi yg terbaik untuk anak2 kita..mesti kita nak bagi pendidikan yg high class kat anak2 kita kan…pastu tiap2 bulan mesti la nak hulur kat mak ayah kita tul tak..berkat tau kalau kita hulur kat mak ayah kita tiap2 bulan…rezeki kita akan lebih mencurah2…takkan nak minta husband plak..belum tentu dia mampu..sedangkan dia nak hulur kat mak ayah dia pun „semput”..ni nak hulur kat mak ayah kita..namun aku percaya..masih ada lelaki yg bertanggungjawab..tp berapa ramai..1 dalam 100, 1 dalam 1000? Tepuk dada, tanya diri sendiri!
Yg pasti, lelaki ni sebenarnya masih dengan ego diaorg…pandangan peribadiku aku tak salah kalau kita ni wanita bekerjaya..asalkan dapat imbangkan dgn rumahtangga…
Tak salah kan kalu kita ambil pembantu rumah…lagipun kita dah ada rezeki lebih..kalau takut sgt lelaki kita akan ”dikebas” oleh pembantu rumah kita…panggil la 3 atau 4 hari sekali org dtg kemas rumah, basuh kain n menggosok..tp masak tu kena lah buat sebab air tangan yg akan ikat hubungan suami/isteri dan keluarga lebih rapat…
Lagi satu nak masuk dapur pun kena ada ilmu juga..contohnya ilmu dari segi time management..aku rasa semua org boleh masak tp nak cari yg cekap mmg susah..cekap ni maksudnya bila dia masuk dapur dalam satu ke 2 jam je tp semua dah setel masak n siap kemas…leh masak 2,3 jenis lauk sambil siap basuh kain..kan ilmu tu…
Filem SEPI…di mana “sepi”nya
Julai 8, 2008 at 2:12 am | In Diari Harianku | Leave a CommentMalam minggu baru ni,aku, nai n lisa g tgk tayangan midnite filem sepi..sanggup tu tgk midnite kat GSC di Summit USJ sebab terpengaruh dgn ramai manusia yg mengatakan filem ni best..
Filem terakhir yg aku tgk sebelum sepi ialah janagn pandang blkg kerana aku bukanlah peminat wayang sgt melainkan aku terpengaruh dgn kata2 org..
Aku tak faham kenapa manusia2 itu mengatakan filem SEPI best sebab setelah 1jam 20 mnit filem ditayangkan, aku sempat berbisik di telinga lisa mengatakan aku sgt mengantuk kerana jalan cerita yg sgt SLOW..ketika lagi 1/4 perjlan citer itu, barulah aku rasa filem itu agak best..so secara keseluruhan aku bg bintang 1/4 daripada 5 = 1.25 bintang..huhu..
aku paling tak setuju dgn plot citer adam…walaupun dia tu berbadan besar@ gemuk, dia taklah rasa sepi mana cuma lambat kawen je..tp finally dpt kawen ngan awek cun plak tu lakonan vee..ish tak patut tak patut..aku xnampak sepi tu tang mana..sebab finally dia get married je…hampeh tul jalan citer..sapalah punya idea tu..
pehtu…time sufi plak bila wife dia mati..senang2 dia nak cari pengganti..ada ke patut bini org pun nak sapu…ada ke camtu…
cuma watak imaan agak best..tu pun setelah aku tau rupanya2 bf dia tu dah mati..perasaan dia je kata bf dia idup lg..
so, secara keseluruhan aku nyesal tgk sepi..aku tak suggest sapa nak tgk wayang tu..baik korg tunggu je kuar kat tv..huhu
Lama dah tak update blog ni
Julai 8, 2008 at 1:55 am | In Diari Harianku | Leave a CommentSalam sumer…saya rasa hampir sebulan tak update blog..
xde mood nak menulis sebenarnya…sebab takde apa menda best nak citer melainkan result exam yg baik sem 2 baru ni..alhamdulillah..
sesi 2008/09 merupakan sem yg paling mencabar bagi diriku kerana insyaA ia merupakan semester terakhir aku di um..really hope so…kemudian aku perlu meneruskan lagi perjalanan hidupku dlm bidang akademik dgn menyambung pengajian ke peringkat tertinggi seperti kebanyakan org lain yg ingin bergelar pensyarah universiti..
sem ni adalah permulaan dalam diriku utk bergelar researcher…wah..bukan mudah nak hasilkan contribution to knowledge…selama ni masuk kelas cuma apply apa yg org dah research kan..tp skang kena plak cari sendiri ..mencabar tu mencabar..
kadang2 aku pun xyakin dengan diriku sendiri..mampukah aku terus berdiri kukuh dan setanding dgn org lain dalam bidang akademik ni..namun aku harus yakin dgn kemampuan aku sendiri kerana mak selalu beri semangat tak putus2 utk aku terus berjuang demi melaksanakan impian dirinya utk melihat anaknya berjaya..
semoga Allah sentiasa merahmati perjuanganku serta rakan2 ku yg lain dalam bidang akademik..insyaA
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
