Pernah bercita-cita menjadi pramugari?

November 30, 2008 at 2:16 pm | In 1 | 1 Comment

Pernah bercita-cita menjadi pramugari? adakah itu antara pilihan anda semasa di bangku sekolah?

Jika ada sesiapa yg berminat nak jadi pramugari tapi tak kecapaian..marilah baca buku tulisan Yvonne Lee..seorang bekas pramugari yg menulis tentang asam garam kehidupan pramugari.  Buku tu baru saja saya hbiskan hari ni..boleh lah sekadar untuk bacaan ringan.ada juga bahagian yang menceritakan fungsi2 pramugari kat dalam kapal terbang selain dari layan penumpang.  Antaranya mereka berperanan berkenaan keselamatan penumpang di dalam kapal terbang misalnya ancaman bom, kebakaran enjin dll.

saya pinjam je buku ni kat perpustakaan utama UM

pramugari

cu ja..acat emam ampak la..

November 30, 2008 at 5:37 am | In 1 | Leave a Comment

Itulah sms kiriman dari kakak saya utk saya lewat petang semalam..(Mak Su Ja, nasyat demam campak la)

kesian anak buah saya yg seorang tu…demam campak la pula..patutla beberapa hari sebelum itu dia demam biasa..rupanya petanda nak kena demam campak..

ada sesiapa nak bg petua bagaiman nak mngurangkan atau menghilangkan demam campak pada baby berumur setahun ni?

flashcard

sambung cerita tentang buku yg saya baru baca..

salah satu dari saranan dalam buku Rancang Hidup, Rancang Wang, dalam mendidik anak2 yg masih baby, pendekatan flashcard penting utk membantu perkembangan minda baby tu..supaya nnt baby dapat kemahiran mengecam objek dan namanya..kesan jangka masa panjang, baby akan cepat membaca

jadi, sebagai buah tangan utk anak buah saya sempena saya balik raya nanti,  saya sudah membeli satu buku comel untuknya

abc

abc2

comel kan buku tu? :)

Buku Terbaru Yg Saya Baca

November 28, 2008 at 12:14 pm | In 1 | 1 Comment

Saya memang seorang yg OBSES pasal buku ..banyak je dah baca tp xpernah pun buat rumusan pasal buku2 tu..sy suka baca buku motivasi ..tak tau la pasal apa..

terbaru saya baca buku motivasi karangan Hamdy, seorang Konsultan HR, pembangunan ICT dan agen jual beli tanah..tajuk buku tu ialah “Rancang Hidup, Rancang Wang”.  Kenapa saya memilih buku tu ye..maybe sebab pertama jelas ada perkataan Rancang dan juga Wang ..hehe..yelah, untuk menguruskan kewangan peribadi perlu juga ada ilmu kan ..(macam banyak je duit saya ..huhu)

Ada 11 bab dalam buku dia..dari bab kehidupan, kerjaya, merancang wang, takaful, pelaburan, beli rumah, mendidik anak, konsep rezeki, masalah kewangan, apa erti saya menganut Islam (rumusan dari terjemahan karya Fathi Yakan) sehinggalah ASB..

banyak2 tu saya paling minat bab mendidik anak..sebab saya dah sampai seru ke nak kawen???xjuga sebab itu salah satu ilmu baru yg saya dapat…Beliau mendedahkan cara beliau dan isterinya mendidik anak antaranya ialah pada usia semuda 5-6 tahun dah boleh menghafaz 1 juzuk quran..kagumnya saya!

Secara keseluruhan, beliau banyak kali menegaskan sumber ilmu adalah buku ..kepada bakal2 ibu dan bapa..for sure tak tau kan cane nak didik anak..nak rancang kewangan famili..carilah buku utk dapatkan ilmunya..sy suggestkan dapatkan buku ni

dsc00296

Harga dia cuma RM18, tp sy beli kat kedai buku UM cuma RM16.20..ada diskaun 10%.

Nanti sy update buku lain sy saya sedang baca..saya kini sedang baca Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia…karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni..mmg banyak kata nasihat dalam tu menyebabkan memang saya bahagia…bacalah kalau anda juga ingin rasa bahagia seperti saya :D

Tak sangka ada peminat la pulokkk!!

November 25, 2008 at 4:50 am | In 1 | 2 Comments

Saya ni hidup kat UM ni xberapa nak ada life..dari pagi sampai ke malam library..dari hari isnin bertemu pula isnin depan pun library…xsangka dah ujung2 pengajian ada pula orang duk perhati…huhu

tak sangka ada peminat kat library ni..bukan tipu-tipu tau tapi betul2 ni..bukan orang malaysia tau tapi pak Arab!! huhu..mula2 nak no telefon tapi saya buat tak faham..pastu dia minta email..bagi juga lah..sebab xkan nak kata takde emal pula! ada lah dia bagi emel yg agak broken la english nya..huhu

saya decide taknak balas..alih2 hari ni terserempak lagi kat library huhu…dia angkat tangan ke saya..saya angguk jelah …tanda hormat tp dalam hati alahai..kurang selesanya saya..huhu

tapi sebenarnya ni kali kedua saya di’ngorat’ oleh pak Arab…alasan mereka berdua sama..

“This is first time I see Malaysian girl who is very tall !(saya la tu,.)”huhu..kalau leh nak elak la dari mempunyai sebarang komitmen dengan lelaki ‘buatan’ luar negara..banyak la faktor kurang berkenan dari berkenan…hidung mancung belum tentu menjamin kebahagiaan..

** Update **

Semalam (25/11) Pak Arab tu tahan saya kat tangga library…mmg dia berkenan betul kat saya sampai dia terus terang cakap nak ada ‘halal relationship’..kita susah nak percaya kalau ada foreigner minat kat orang malaysia coz kadang2 diorang nak ambil kesempatan nak jadi penduduk tetap Malaysia…tambah2 dia dari Iraq..confirmla xnak balik sana…

kan best kalau yg approach tu orang melayu..heheh tp kalau tgk background education pak arab tu mmg power la..ada 2 degree+ 1 master…mana la saya nak jumpa lelaki Melayu yg masih single dan belajar tinggi macam tu…rata2 lelaki Melayu xmau sambung belajar sebab antara faktor nak kerja n kumpul duit banyak2 sebab hantaran budak pompuan skang ni mencecah 5 angka..kesian mereka!!!!

semua pun saya sayang..

November 25, 2008 at 3:30 am | In 1 | Leave a Comment

Relaks jap mata ni..dr td duk mengadap paper Charniak. Charniak salah seorang Prof yg pakar dalam bidang kajian saya..

td duk belek2 folder kat laptop sy baru pasan ada beberapa picture sy bersama anak2 buah yg diambil masa hari raya baru ni..

do enjoy!

ni picture dgn anak buah sy terlatest..monyok je mukanya..

rusy

ni anak buah no 2..bab melawa no 1

yana

yang ni pula gambar saya dengan semua anak buah saya …SEMUA PUN MAK SU JA SAYANG…

anak_buah4

My Dissertation Part II – Sila tanya kalau tak faham

November 24, 2008 at 5:40 am | In Diari Harianku | Leave a Comment

Salam

Saya selalu berborak pasal apa yg terjadi pada diri saya..ala bukan bestpun ..tp sebab sy ni antara blogger yg pasan glamer…maka saya tulis lah apa yg berlaku pada diri saya esp bila ada sesuatu kejadian yang berlaku..

Hari ni tetap nak bercerita tentang diri sy tp lebih kepada ilmiah sikit berkaitan dengan disertasi saya..Tajuk disertasi saya ialah “Statistical parsing to reduce ambiguity in Bahasa Malaysia’s Syntax”.  Disertasi ini termasuk dalam bidang Natural Language Processing (Pemprosesan Bahasa Tabii).

Asal idea ni datangnya dari Prof Albert yg ajar saya subjek Natural Language Processing atau NLP..Apa itu NLP? senang citer NLP adalah salah satu bidang dalam Artificial Intelligence yang mana tujuan nya nak bagi komputer faham apa itu bahasa tabii..bahasa tabii tu apa pula?bahasa tabii tu (natural language) ialah bahasa yg kita guna hari2 sama ada English, Bahasa Melayu, dll.  So, pada masa kini komputer faham bahasa binari kan..ala yg macam 01010010001..Akan datang komputer leh faham bahasa yang kita guna skang ni.

Ok, dah jelas pasal tu kita pergi pula apa maksud parsing..ok, dalam NLP, tugas yg paling asas utk fahamkan komputer ialah parsing tu la..maksud parsing ini ialah kita nak komputer kenalpasti satu jenis ayat dan analisa ayat tersebut dan keluarkan hasilnya,  dalam kes disertasi saya saya nak pengguna masukkan satu ayat bahasa Malaysia (lebih formal guna Malaysia dari Melayu) dan hasilkan satu pokok.  Ish, faham x ni? pokok tu jgn la ingat pokok kat rumah kita tu..konsepnya seperti pokok tu lah ada ranting2 dan daun2..tp dalam kes saya pokok itu ada maklumat kelas kata bagi setiap huruf yang dimasukkan.  Contohnya:  Ayat mudah seperti Ali belajar, nnt parser sy akan keluarkan Ali – Kata Nama, belajar – Kata Kerja..

tapi itu Ayat mudah yg tiada kes ambiguiti.  Ambiguiti ni ialah perkataan yg sama tp ada dua jenis kelas kata atau maksud yg berbeza, contoh perkataan “KASI”.  Kelas kata pertama Kata Kerja (Kasi bermaksud beri) dan satu lagi kasi yg bermaksud sejenis Ikan (Kelas kata di sini ialah Kata Nama)

Jadinya, system saya kena elakkan kes ambiguity sebegini dengan menggunakan method statistics. Walau bagaimanapun, statistics itu sendiri bukan terdiri dari satu method, ada beberapa method yg wujud dan saya akan sambung tentang apa method2 yg terdapat dalam statistical parser dalam post sy seterusnya.

Saya memilih Bahasa Malaysia sebagai domain kajian saya kerana dah ramai Mat Salleh (ini panggilan kepada orang putih bukan nama boyfren saya  atau jiran saya ..hehe) yg buat kajian pasal English.  jadi, saya terpanggil utk mengkaji bahasa Ibunda saya tetapi menggunakan method yg sama seperti mereka.  Cuma saya kena ubahsuai sikit kerana sintaks English dan Bahasa Malaysia (BM) ada sedikit berbeza terutama dari segi tatabahasanya. Ops, lupa pula nak kenalkan apa itu sintaks…ok, sintaks ni bermaksud struktur bagi sesuatu ayat, ok mudah cerita dalam BM serta English sintaksnya lebih kurang sama di mana secara asasnya ayat BM @ English terdiri dari

Subject - kata Kerja @ Verb - Objek,

tp utk bahasa Jepun, Ayat terdiri daripada Subjek – Objek -Verb. Mujur juga BM dan English hampir sama, jadi itu memberi kelebihan pada saya (harapnya..)

Oklah, sy nak sambung kajian saya pasal method2 tu.  Kalau ada yg tak faham silalah bertanya, dari situ saya akan tahu sejauh mana kefahaman saya terhadap kajian saya sendiri..bye

Pantang Maut Sebelum Ajal!

November 21, 2008 at 7:16 am | In Diari Harianku | Leave a Comment

bercinta, bertunang, berkahwin…aargghhh itu bukan consideration saya dah…malah sejak selepas bertemu dengan supervisor tadi, semacam ada satu perasaan yg amat ‘mengerikan’ untuk difikir2..

mmg abislah saya pasni..16 jam depan laptop sudah pasti..she mentioned that I couldn’t finish my dissertation withn 1 to 2 months from now..I feel so depressed after listening to her ‘advice’ as my study leave will end on 28th December 2008.  So, I have to take this as a challenge..I want to show her that her student manages to do the work much faster than before..really I want to prove it. I am kind of person who is ‘pantang maut sebelum ajal’!

hanya Dia yg tahu..

November 20, 2008 at 4:58 am | In Diari Harianku | Leave a Comment

Dah lama tak update blog..sy kesempitan masa lantaran saya sibuk menyiapkan tesis saya..pening juga nak kaji pasal sintaks bahasa melayu ni…rasa mcm dah loya tgk jurnal2 dan artikel yg menyebabkan kadangkala sy terpaksa menelan 2 biji panadol actifast setiap hari utk menghilangkan rasa ‘loya’ itu..

Sy akui saya seorg yg sangat lembik utk hadapi stress yg maha hebat ni…stress yg direka oleh diri sendiri akibat sikap last-minute yg saya praktikkan..tp tanpa stress ini kerja sy xkan jalan..(ayat nak mem’back-up’kan diri)

Dalam saya menghadapi dugaan hidup bergelar pelajar, sy sebenarnya mengalami satu konflik diri yg sangat mengganggu-gugat hidup saya..konflik diri itu adalah sy benar2 ingin hidup bekeluarga..tentu ramai yg akan tersenyum sinis bila membaca pengakuan ikhlas saya ni..tp itulah konflik diri yg benar2 memberi tekanan hebat buat saya. Saya akui perasaan tertekan ini bermula sejak saya menyambung pengajian master.entah kenapa sy berperasaan demikian.mungkin juga kesan daripada saya melihat ramai di kalangan kawan2 baik saya mula melangkah ke dunia baru. seornag demi seorang bergelar tunangan orang, kemudian melangkah ke fasa menjadi isteri org dah akhirnya menjadi ibu kepada anak2 yg comel.

naluri saya untuk bergelar seorang pensyarah yg ada PhD sama hebat bergolak dengan naluri saya untuk bergelar isteri..apabila kedua2nya berperang dalam diri ini, akhirnya saya terasa jiwa saya lemah longlai..dan ia memberi kesan yg sangat buruk kepada prestasi pelajaran saya..jenuh juga saya mengadu pada kakak, ibu serta rakan baik lelaki mahupun perempuan, namun semuanya belum mampu meredakan kekalutan jiwa yg saya alami ni..

Walau bagaimanapun, tanpa disangka2..hari ni saya ‘berjumpa’ dengan seorang bapa kepada dua anak yg sedang merebut hak penjagaan dengan bekas isterinya..sy rasa saya dah ketemu satu jawapan yang sudah lama saya cari iaitu..satu perasaan cinta yg sudah lama saya tak bajai dengan kasih sayang, satu perasaan rindu yg dah lama saya abaikan..jawapan itu sebenarnya lama saya ketahui cuma saya saja yg tak mahu mengambil berat…

Jawapan yg saya cari selama ini hanya ada pada Allah….

cinta yg hakiki hanya wujud pada Allah..

sudah lama saya mengabaikan tanggungjawab kepada Allah yg satu..saya hanya melaksanakan kewajipanNya sekadar melepaskan batuk di tangga..sudah lama saya tak mengkaji isi al-Quran yg sudah tentu memberi ketenangan dalam jiwa ini..sudah lama saya tak membasahkan lidah ni dengan zikrullah..sesungguhnya saya terasa amat hina di sisi Allah kerana saya telah mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya..astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..semoga Allah menerima taubatku..amin amin yg rabbalalamin..

Nota kaki: buat En Muhammad, terima kasih kerana memberi kesedaran kepada saya..semoga Allah memberi pertolongan kepada Encik dan anak2..serta belum terlambat nak ucapkan selamat pengantin baru (“,)

My Dissertation

November 8, 2008 at 1:34 pm | In Diari Harianku | Leave a Comment

Field: NLP

Title: Statistical Parsing to Reduce Ambiguity in Bahasa Malaysia

Progress 20% till 8/11/2008

setel satu keje

November 8, 2008 at 1:00 pm | In Diari Harianku | Leave a Comment

Alhamdulillah td sy pergi ke British Council, jln ampang..akhirnya selesai sudah urusan pendaftaran IELTS saya

Saya dpt exam pada tarikh 13/12/08 tp utk reading, listening n writing kat menara pkns PJ..speaking 15/12/08 lak kat british council..no choice la..kalau tak kena 10/1/2009..xnak la saya..lmbt sgt tu..dibueknya den tak lopaih 6.5..mampuih den..nak repeat ntah bilo..huhu

tp minta2 lepas la kan..mana nak cekau RM530 lagi…bajet simpanan ku lari lagi bulan ni..huhu

walau apa2pun..hope xmo la repeat..mahe beno yurannye..

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.