Sambutan Majlis Ulang Tahun Kelahiran
Januari 29, 2009 at 6:09 am | In 1 | Leave a Commentsalam…pada 27hb Januari yg lalu, maka genaplah umo saya yg ke 26..wah..dah 26 dah..jap je kan..thanks utk kawan2 yg wish besday saya antaranya nai, lissa, fiza, is, nawal, uncle ali, naz, ja’a, najwa, zati, syona, kak izan (siap banjer laksa shack..thanks kak) dll…dan tak lupa juga panggilan istimewa di pagi hari dr ehem2..katanya hadiah besday di’carry forward’kan..bley ek camtu..
bersempena ngan besday saya, kakak sy dah belanja saya n satu famili makan2 di secret recipe, kinta city ipoh..
enjoy looking da pictures..

ni kek strawberry cokelet…sedap bangat sih!!

besday girl (girl??cam budak kecik lak) tgh potong kek

bersama mak tersayang

sebelum makan kek, dah pekena tom yum kung noodle semangkuk!

kakakku sayang yg telah belanja kek yg special ni..thank kak wok!
Soalan demi Soalan
Januari 20, 2009 at 3:55 am | In 1 | Leave a CommentKalau korang perasan..masyarakat kita suka bertanya banyak soalan…tak percaya..cuba baca di bawah ni..
Masa single…
Soalan: Bila nak ada boyfren/girlfren ni?
Masa dah ada couple..
Soalan: Bila korang nak tunang?
Masa dah bertunang..
Soalan: Bila nak nikah ni?
Masa dah nikah..
Soalan: Bila nak dapat anak ni?
Masa dah dapat first baby..
Soalan: Bila nak tambah baby ni?
Bila dah tambah anak..korang rasa ada x soalan macam kat bawah ni ditanya?
Soalan: Bila korang nak meninggal dunia ek?
So, mestilah xkan tanya kan soalan tu..oleh itu, percayalah rezeki, ajal, maut dan JODOH di tangan Tuhan..
Janganlah duk asyik tanya saya soalan2 di atas..bukan kerja saya..tu kerja Pencipta saya..
Renung2kan dan selamat beramal..:D
Tahniah Pro-M
Januari 20, 2009 at 1:22 am | In 1 | Leave a CommentAlhamdulillah syukur..Allah dah kurniakan kejayaan pada mereka yg berusaha, berdoa dan bertawakkal!

Semoga perjuangan adik2 Pro-M akan sentiasa diberkati Allah…
Saya cuma dapat mendoakan dari jauh kerana umur dah terlebih sudah! untuk mengundi..maklumalah student tua..hihihi
Baiknya dia…
Januari 15, 2009 at 11:27 am | In 1 | Leave a Commenthari ni Prof Albert yg dr Auckland, New Zealand dtg ke fakulti saya di UM. rupanya2 kedatangan prof ke UM tanpa pengetahuan dekan dan semua lecturer, yg tau cuma saya dan beberapa org kawan shj..
jadi, perjumpaan secara informal telah berlangsung di bilik kawan sy, Hamed, dia adalah pembantu penyelidik di facultysaya. so, prof bertanyakan apa masalah bagi setiap dr kami berkenaan research kami..so, saya mulalah cerita apa masalah yg saya alami, dan alhamdulillah aku dah nampak ckit jalan penyelesaiannya..terima kasih prof sebab sudi luang masa jenguk bekas pelajarnya di sini..
selepas dia balik, saya ada hntr sms ucap terima kasih pada beliau dan kerana kesudian beliau meluangkan masa bersama kami..sedangkan beliau sedang bercuti di Malaysia. perkara yg membuatkan saya terharu, dalam balasan sms beliau kpd sy, dia bgtau dia really joyful to help someone grows..how nice he is!!!
ni lah pic Prof Albert Yeap..sy cilok kat website dia..Prof asal Kampar, Malaysia tp dah migrate ke New Zealand 20thn lebih
A book that I am reading now….update*
Januari 10, 2009 at 3:40 am | In 1 | Leave a CommentIt is such for a long time I don’t use English in my blog..although I know it’s not good enough compared to others, but I still want to try..
Back to the topic, recently, I really work hard to finish reading a novel…actually this is the first time in my life I read English novel (very bad right! huhu)..maybe I can call it as a Hijrah..:D
The title of the novel is ‘Remember Me?’, written by Sophie Kinsella..

The cover of the novel
However, I don’t finish reading it yet because I spend my time reading the novel before I go to bed..
Until the page that I read, I can say this novel is a very interesting story..a girl named Lexi got a car accident when the effect of it was that she lost her memory for three years before..when she wake up, she even could not recognize herself as she changed her appearance during the 3 years ..she also was surprised to know that she was married to a man that she didn’t know before. One more thing is she was one of the participants in a reality show (similar like ‘The Apprentice’, I guess). She also suprised that she was a director in her department where she was a junior executive sale in the department before..
I don’t know whether she may recover from the amnesia..the chance for her in getting back the memory is uncertainty.. later, after I finish reading it, I would like u to know, ok..
Have a nice weekend!
*update*
Actually, I had finished read it..just forgot to update..Lexi still couldnt rememer anything except her relationship with her lover (actually, I forgot his name..hihi)..she didnt happy with her married, then she had an affair with the guy..she already filed to divorce with her husband.
p/s lately, I do forget many things..maybe there are so many things I need to remember until simple things like keys, kad makan, etc..always misplaced!
Pencapaian vs kegagalan 2008
Januari 6, 2009 at 1:46 am | In 1 | 1 Commentsepanjang thn 2008 lalu, takde apa pencapaian saya terbaik..
saya masih mcm tahun 2007, still bergelar master student..sy tak rasa pun master ni susah sgt..sehinggakan bila sampai part research..Tuhan je tau betapa susahnya nak buat research ni..:(
adakah saya je yg berperasaan begitu, atau mmg ini yg dikatakan research..sy tak tau nak mengadu pada sapa..kalau saya jumpa supervisor pun, sy tetap kena solve sendiri problem ni..susahnya…
apa yg saya dah buat pasal research?
setakat ni mmg sy dah siap chapter 2 (literature review)..tp bila samapi part pembetulan, sy dah macam stuck..hampir setiap ayat yg saya tulis, sy kena letak reference..sy boleh sakit jiwa camni…sebab kadang2 benda tu saya dapat dr sebuah buku..takkan saya nak letak reference yang sama..
bila sampai bab 3, supervisor ckp dia tak jelas tentang apa yg saya nak buat..ok, fine..sy dah dpt nak jelaskan skang..cuma bila sy nak tulis ayat formal..sy jadi mcm budak darjah 1..maksudnya..sy langsung tak reti nak tulis apa!! nak dapat satu muka surat pun bercinta!! adalah saya seorang je yang alami, atau mungkin org lain pun macam saya..
saya akui saya bukan budak pandai..sy cuma bernasib baik je dpt tajaan masa buat master mungkin sebab dulu sy pernah teraniaya..so, Allah makbulkan doa saya..sy jadi malu pada diri saya sendiri dan pada orang lain esp kawan2…sebab sy masih di takuk lama..xde perubahan
sy betul2 stress sekarang..sampaikan berat badan saya mula naik mendadak, muka sy penuh jerawat, tiap2 malam sy menangis, mak ayah saya dah sgt risau..saya rasa 2008 saya telah gagal!!
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah dan Masihi
Januari 3, 2009 at 12:50 am | In Diari Harianku | Leave a CommentHarapnya masih belum terlambat sy nak ucapkan selamat tahun baru…seminggu saya tak berada di depan komputer kerana sy bercuti-cuti Malaysia di Ipoh..tak tau kenapa sy begitu tak berdisiplin utk siapkan Master tesis sy secepat mungkin..sedangkan bermula Januari 2009 sy tak de dah tajaan sebab sape suruh lambat hantar borang perlanjutan..padan muka sendiri..huhu
kalau ada yg baca entry2 sy yg lepas, sy kerap mention pasal exam ielts saya kan..sebelum tu meh sini sy citer apa itu ielts kepada sesape yg tak pernah ada dengar term ielts tu..
IELTS atau International English Language Testing System merupakan satu jenis ujian utk menguji sejauh mana kefahaman dan penggunaan seseorang dalam bahasa Inggeris..kenapa kena ambil exam ni? ok, biasanya sape yg ada interest nak g sambung belajar kat oversea wajib ambik..antara negara yg mewajibkan ujian ni diambil ialah UK, Eupore Country, Australia n New Zealand..manusia2 yg tinggal di negara yg bukan menggunakan English sebagai bahasa kebangsaan diwajibkan mengambil ujian ni sebagai syarat kemasukan ke universiti..tp IELTS juga utk sape2 nak kerja kat sana gak..tp modul dia berbeza la ngan org yg nak sambung belajar.
Bagaimana penilaian IELTS? Ia dinilai dari band 0 hingga 9..kalau 0 tu tak dtg exam, kalau 9 tu yg paling power la..menyamai native speaker nya level..
ala..susah2 sgt nak faham..g lah tgk website dia..http://www.ielts.org
ok, berbalik kepada diri sy..berapa saya score utk exam baru ni…alhamdulillah, sy agak menepati target saya iaitu sy dapat band 6.5..cukuplah utk syarat kemasukan ke kebanyakan universiti..sy rasa macam miracle je lihat result tu bila mana..sy dapat 6.5 utk setiap aspek g diuji iaitu listening, reading, writing and speaking..tak sangka betul sy improve berbanding tahun 2007 ketika sy ambil exam tu (salah satu syarat penaja sebelum sambung master)..walaupun sy hanya perlu dapatkan cuma band 5.0 utk belajar di dalam negara…sy berjaya juga dpt 6.0..cuma pengalaman ketika tu masih segar di ingatan..sy amat gabra ketika speaking test…sampaikan examiner (minah saleh) suruh sy cool down..hehe…lawak tul..tp berbanding speaking test baru ni…sy lebih berkeyakinan..sampaikan bila examiner (minah salleh gak) ckp test dah abis..sy bertanya pada dia..da abis ke? kejapnya..hehe tp time tu speaking la… cuma sy target utk writing sy nak band 7.0 sb ada satu universiti nak syarat begitu..tp sy nak buat rayuan la..sebab sy dah taknak sit exam tu..bukan nya murah ..RM530 tu..
bercakap soal master tesis sy…sy mmg slow utk menyiapkannya seperti yg sy mention td…maybe kepakaran bidang supervisor dgn bidang sy nak teroka tak sama..tu sebab sy jd independence sampaikan sy jd fed-up bila sy stuck dlm satu problem..ni pengajaran sy time doctorate nnt..kena cr sv yg ada sama minat dan satu bidang dgn kita
citer2 pasal supervisor, insyaAllah 15 januari Prof Albert akan singgah UM..sy sgt berharap dia sudi jd supervisor sy time doctorate nanti..dia ada kat Malaysia dari 6Jan untill 16jan..time tu sy harap dia ada masa utk jumpa sy…kurang2 sy nak tanya pasal proposal akan dtg n kalau dia tny pasal master..sy nak tunjuk la hasil kerja sy..(kalau sy sempat siap..huhu)
so, tu je la kot story mory sy setelah 2 minggu tak berhapdate..mlm thn baru sy sedap je menidurkan diri kat umah…sy tak faham kenapa ada sesetengah org Islam begitu beria menyambut thn baru Masihi…smpikan ada yg ‘minum’, menghadiri pesta liar, berpelukan, berciuman antara yg bukan muhrim, dll yg sama waktu dengannya…bg saya tahun baru cukup dgn melafazkan rasa syukur kerana Allah kurniakan keamanan kepada kita..tak seperti di bumi Palestin yg diserang oleh Israel yg tak berperikemanusiaan itu..sy rasa patut campakkan org Islam (pada nama je kot) ni ke Gaza, baru dia tahu macamana penderitaan org Islam di sana…samalah2 berdoa semoga kekejaman Israel akan berakhir secepat mungkin..ya Allah..selamatkan org2 Islam di bumi Palestin..amin
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.