Cita-cita
Februari 21, 2009 at 6:40 am | In Diari Harianku | Leave a CommentSejak kecik lagi, soalan “apakah cita kamu?” sering ditanya sama ada oleh kawan2 ataupun guru kelas sebab nak isi dalam kad laporan kemajuan kan..
cita-cita saya sejak kecik ada banyak..pernah juga ingin jadi peguam, polis mahupun tentera!! Kenapa saya ingin jadi polis/tentera? mungkin ia dipengaruhi oleh persekitaran tempat tinggal yang masa sejak saya dilahirkan sehingga saya tingkatan 3 saya dibesarkan di kem polis!
saya juga pernah bercita-cita utk jadi doktor..cita2 ini sangat lama sy pegang sehinggalah keputusan SPM keluar..saya terpaksa tukar cita2 itu kerana result biologi SPM saya 5C!
namun, rezeki saya baik ketika itu…saya ditawarkan ke matrikulasi..mengambil jurusan sains fizikal..result keputusan saya sangat bagus ketika itu dimana secara keseluruhan saya memperoleh 3.79 PNGK utk melayakkan saya mengambil jurusan kejuruteraan kimia..namun, bukan rezeki saya di situ kerana abang saya awal2 dah bagi “AMARAN” untuk saya supaya ambil jurusan SAINS KOMPUTER
Masukla saya ke UKM dengan mengambil jurusan IT pengkhususan sains komputer..masa itu, tak pernah terlintas untuk jadi Software engineer, programmer atau apa sahaja pekerjaan berkaitan komputer..malah, saya hanya ada akaun emel ketika saya di tahun 1 di universiti!
Namun, takdir telah merubah segalanya…selepas tamat pengajian, saya tak minta pun apa2 jawatan programmer..sy lebih minat mengajar…maka jadilah saya seorang pensyarah di kolej swasta…actually gelaran pensyarah itu sangatlah tak sesuai!! sebab saya hanya ada degree sahaja…tp itu lah gelarannya…
Saya memang amat mencintai pekerjaan saya yang itu…walaupun diduga dengan pelajar yang amat lemah..namun saya gunakan pelbagai method pengajian…dari istilah yg teknikal sy cuba kaitkan dengan kehidupan harian agar mereka dapat faham dengan lebih jelas…namun, ‘jodoh’ saya di situ tidak lama…saya tak tahan dengan politik kerja di situ di samping gaji yg tak berbaloi dengan usaha saya…!!
Bayangkan hampir setiap hari saya bangun awal (kira2 kul 4 pagi) untuk menyiapkan tugasan saya seperti perancangan mengajar, latihan yang berupa tutorial mahupun assignment…serta ringkasan nota bagi memudahkan kefahaman mereka..saya fikir saya perlukan sesuatu yg lebih baik untuk memperbaiki taraf hidup!
Maka, dari situ saya cuba mohon untuk menjadi Tutor di IPTA..saya tau dari Tutor maka saya lebih mudah untuk jadi pensyarah..alhamdulillah..Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hambaNya ini..saya akhirnya mendapat tajaan belajar oleh Universiti Malaysia Terengganu di mana jumlah elaun yg diterima hampir 2 kali ganda gaji saya di kolej swasta terdahulu! Malah, saya juga mampu untuk memberi wang bulanan lebih kepada kedua ibu bapa saya yg sgt saya sayang..alhamdulillah syukur..
Kini, saya sudah tau kemana hala tuju hidup saya dan apakah cita2 saya sebenarnya…ya mmg itulah cita2 saya ..saya ingin bergelar pensyarah satu hari nanti…insyaAllah
Semakin belajar tinggi, semakin tak tau apa2
Februari 19, 2009 at 2:06 am | In 1 | Leave a CommentItu adalah statement sengal aku!
serius…makin banyak aku buat research..aku rasa makin tak pandai lak aku…
Buktinya?? AKu banyak baca buku @ jurnal @ papers..tp kan aku rasa makin banyakkkkkkkkk benda aku tak tau!! hhuhu.. Ni baru master…disertasi je..lom lg full research..aku mmg tabik springggg la kat deme yg buat Master full research.!!

A.Z.A.M
Februari 16, 2009 at 4:51 am | In Diari Harianku | Leave a Commentazam?bila bercakap soal azam pasti ia akan dikaitkan dengan tahun baru ..ye kan?tp bukankah kita disaran utk jadikan hari ni lebih baik dari semalam..dan esok lebih baik dari hari ni.. maka, antara azam diriku ialah..
1) turunkan berat badan..:D
2) siapkan master
3) sambung PhD ASAP
4) cari pak encik (macam nak dkt jumpa je..hihi)
utk perkara pertama, aku dah mula kurangkan kuantiti nasi dan makanan yg masuk dalam perut..giler susah…perut aku dah merengek2 selepas 2 jam makan..tp best gak dgn roommate baru..dia pon bagi galakan suh aku kurangkan makan.. then aku dah mula rutin utk jogging..walaupun lebih banyak jalan laju dari jogging tu sendiri serta mendapat sakit kaki, tp aku cuba kekalkan..tambahan aku dah tak sanggup nak dengar ceramah dari insan yg berkaitan dgn perkara (4)
utk perkara ke (2), aku dah masuk chapter 4..huyee..alhamdulillah..aku dah on track skang..aku pun dah ngam ngan supervisor..rupanya aku yg tak paham cara dia..tp la ni ok dah..
utk perkara ke (3), abis je setel perkara ke (2), aku akan terus perjuangan menuntut ilmu..biarlah aku tak ada keluarga lagi, asalkan aku nak lunaskan cita2 aku dahulu..biarla org lain ada suami, anak2 pada masa skang..tp nnt aku pun ada gak..cuma lambat ckit je…HONDA CIVIC dah melambai2 sgt dah kat aku..aku tak dapat tahan nafsuyang itu…:D
utk perkara ke (4), ia sangat berkait ngan perkara ke (1)..insyaAllah..akan kucuba turunkan berat badan supaya nnt bila jalan sama, akan match dgn dirinya..kan kan…
Haji
Februari 12, 2009 at 4:26 am | In 1 | Leave a Comment
Bila sebut soal menunaikan rukun Islam ke-5, ramai yg akan mengatakan ala..kita ni masih muda, haji tu kan utk org2 tua..
tp aku sarankan korang baca buku Travelog Haji karang Prof Muhd Kamil dan Haji Muda karangan Rizwan Bakar..bila dah baca, aku jamin korang akan terbuka dan tersentuh hati dan perasaan serta keinginan utk turut bergelar Haji/Hajjah muda akan berkobar2.
Alhamdulillah, aku dah buka akaun tabung haji dan aku juga dah mendaftar utk ke sana. Saat aku dibekalkan buku haji dan pamplet berkaitan, hati aku sebak tiba2..kalau aku tak tahan, sah2 la air mata aku akan tumpah. Aku ni mmg org yg sgt2 sensitif..tak percaya??tanya la mak n kakak aku..mereka selalu nampak aku akan menangis bila tgk TV..baru2 ni aku tgk Majalah 3..air mata aku laju turun tak henti2…kalau aku jadi Nurul Syuhada Nurul Ain, aku confirm tak leh interview..for sure la aku akan nangis je tak henti2..
Actually, sifat aku yg sensitif ni tak terhad bila tgk TV je..baca buku pun camtu..saat aku membaca ayat dalam buku Haji Muda iaitu “ketika aku melihat kaabah, air mataku turun tanpa dipaksa..” dan ketika itu jugalah pipiku basah tanpa aku sedari..
Kembali cerita pendaftaran haji…semasa aku berada di kaunter, ada seorang pegawai yg berada di situ juga..beliau menyarankan aku pergi mana2 kursus haji sebagai persediaan awal..insyaAllah ..dan satu perkara yg membuatkan hati ku lega+seronok…emakku juga ingin pergi ke sana sekali lagi..katanya, kalau ada rezeki, apa salahnya..mak kata nnt kalau aku balik kampung sekali lagi dia akan ajak aku utk ke tabung haji utk mendaftarkan dirinya juga.jadi aku sudah ada mahram..mudah2an impian aku ke sana tercapai..amin ya rab
Bertuahnya menjadi wanita cantik
Februari 7, 2009 at 1:01 am | In 1 | Leave a CommentSeorang kawan baik (lelaki) bgtau aku mlm tadi bahawa kekasih yg dipujanya mula curang padanya
Air mata seorg lelaki akhirnya tumpah dek krn curangnya kekasih hati.sgl kemewahan telah ditaburkn oleh si laki kpd wanita itu..kereta, laptop, hp, duit, topup..namun akhirnya si wanita itu mula dptkn lelaki yg jauh lebih kaya dari kwn aku tu
Pandangan aku
Jujur aku mengatakan aku tak pernah di’manja’ oleh mana2 lelaki smpi diberi segala mcm benda..utk memperoleh kasih dari seorg lelaki pun sukar kerana aku tak dikurniakan rupa paras yg cantik seperti wanita td..bertuahnya siapa ada wajah yg cantik..bagi aku, aku perlu berusaha sendiri utk dptkan semua itu..utk itu, aku perlu korbankan masa muda ku utk menuntut ilmu setinggi mungkin..bukan mendabik dada tp itulah hakikat hidup ini..kerana aku inginkin kehidupan yg lebih senang di masa hdpn..aku sudah korbankan usiaku sebanyak 18 thn sehingga kini semata2 utk menuntut ilmu..dari tadika (1thn), sek rendah (6thn), sek men (5thn), matrik (1 thn), degree (3 thn), master (nak masuk 2 thn) dan aku perlu menambah lagi pengorbanan usiaku utk menuntut ilmu lagi 3-4 thn utk pengajian PhD kelak..betapa susahnya aku utk memperoleh segala kemudahan yg begitu senang diperoleh oleh wanita td..
Supervisor..oh Supervisor..
Februari 4, 2009 at 4:51 am | In Perihal Belajar | Leave a CommentSebelum aku membaca buku PhD Kecil tapi Signifikan karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim aku sering menyalahkan supervisor aku atas kelewatan + kelembapan menyiapkan tesis master.
Namun, bila aku membaca satu petikan kata-kata beliau dalam blog @buku tersebut, iaitu
“Hampir semua supervisor baik-baik belaka. PhD atau apa-apa pengajian sekalipun bergantung kepada diri masing-masing. Bagaimana kita dengan Dia, bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Sukar bagi orang, mudah bagi kita. Halangan bagi orang, cubaan bagi kita.“- Prof Muhd Kamil
aku terus mengubah persepsiku terhadap supervisor ku..
Aku mula mencari hikmah mengapa aku ditakdirkan utk bersama supervisorku..kini barulah aku sedar..walaupun beliau nampak seperti kurang ‘membantu’ tapi sebenarnya beliau seorang yg amat fleksibel.
Beliau sering memberi kelonggaran kepada perjalanan researchku…apa method yg aku nak gunapakai, apa rujukan yg perlu aku cari dll..semuanya bergantung kepada diriku sendiri ..jadi aku tak terikat..secara tak langsung..aku mula belajar erti research sebenar..
Secara tak langsung aku mula belajar berdikari tanpa perlu di’suap’ ..aku juga sudah sedar akan hakikat apa yg dimaksudkan dengan pelajar postgraduate..aku sudah seharusnya matang dalam melaksanakan research..
Jadi, kepada rakan2 yg ingin menyambung Master..perlulah bersedia mental dan fizikal utk belajar berdikari utk mencari ilmu..jgnla menuding kesalahan kepada org lain andai kesilapan diri belum lagi diselidik (peringatan buat diriku jua)
Kata-kata dari Prof Muhd Kamil benar2 ‘membuka’ mata dan hati ini..sesungguhnya aku patut rasa bersyukur kerana dikurniakan supervisor yg begitu baik dan memberi galakan utk aku menyiapkan research..
“Nikmat apalagi yg kamu dustakan?” - terjemahan ayat dari surah al-Rahman..
Sesungguhnya aku takut utk bergelar seorg yg kufur nikmat..Ya Allah, jauhilah aku dari gelaran itu..terimalah taubat hambaMu yg hina ini..
Amin ya Rabb…
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.