Zaman Matrikulasi..oh indahnya!

Jun 3, 2009 at 4:49 am | In 1 | 1 Comment

Sedar tak sedar sy telah lama meninggalkan zaman matrikulasi..hampir 8 tahun rupanya..

masih segar di ingatan ketika hari pertama saya di Kolej Matrikulasi Melaka..itulah merupakan kali pertama saya berjauhan dengan famili..

Saya anak manja. Itu ada lah realiti.  Masa sampai di bilik, emak la yang mengemas baju saya masuk  ke almari. :p  Maklumlah pertama kali duduk di asrama.  Biasa lah pesanan mak sebelum meninggalkan saya.. suruh belajar rajin-rajin.. tapi pesanan ayah lain pula. Ayah suruh saya basuh baju setiap hari masa nak mandi. Dia paham sangat anak dia yg ‘rajin’ ni. Ayah tau saya belum lagi pernah berdikari.

Masa bersalaman dengan emak sebelum balik, saya memberitahu emak.. “emak, rasa macam nak menangis la..”

masa tu memang air mata dah bergenang (nota: saya memang seorang penghiba)..tapi mak cakap..

“toksah buat malu kat orang la..dah besar pun nak nangis”

tapi masa mak dah mula meninggalkan saya..air mata ni mengalir juga..tapi tak lah selebat pada malam pertama saya tidur di asrama…itu lagi sedih..pertama kali tidur kat katil lain.:p

Ketika minggu orientasi lagi, saya sudah berasa satu suasana yang amat berbeza..berada di kelompok golongan yg pandai menyebabkan saya rasa sangat rendah diri walaupun fizikal saya jauh lebih tinggi dari mereka :-)

manakan tidak..asal bertanya sekolah mana, rata-rata kawan-kawan baru berasal dari sekolah berasrama penuh atau MRSM..sebilangan kecil dari sekolah kampung macam  saya, saya cuma berasal dari SMK ulu kinta..sekolah kampung tempat campakan budak2 yang rajin menimbulkan masalah disiplin..bergaduh sampai berdarah sudah menjadi fenomena biasa di mata saya..pernah selepas PMR, salah seorang rakanku berkata:

“Selagi kita duduk di sekolah ini, kita takkan berjaya”..sungguh rendah pandangannya terhadap sekolah saya walaupun dia juga pernah bersekolah di situ..saya dan beberapa kawan lain masih tidak berganjak..kami terus tekad untuk membuktikan pada rakan-rakan kami yang berpindah ke sekolah lain (kebanyakannya Sekolah Menengah Teknik) bahawa kami juga boleh berjaya dalam SPM.dan alhamdulillah saya dan 5 rakan yang lain berjaya menempatkan diri di matrikulasi waktu itu..

Apabila berada dalam kelompok pelajar-pelajar yang pandai, saya berasa sangat tercabar.  Dengan semangat yang berkobar-kobar, saya terus berusaha dan berusaha akhirnya usaha itu membuahkan hasil.  Keputusan semester pertama jauh melangkaui apa yang saya jangkakan. Masa itu saya memperoleh 3.75 pointer..alhamdulillah..saya berjaya mengalahkan kawan sebilik saya yang dari MRSM dan SBP itu..dan ketika itulah barulah saya berasa walaupun saya berasal dari sekolah biasa pun, Allah itu Maha Adil..tidak ada pilih kasih dan dia sentiasa memberi kejayaan kepada hamba-hambaNya yang berusaha..

Masih banyak kenangan manis di Matrikulasi yang sebenarnya telah mengubah nasib saya sampai hari ni..kalau ada masa saya bercerita lagi

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah…syukur ya Allah…kerana menganugerahkan nikmat yang tak terhingga ini..

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.