Balik kampung

Jun 7, 2009 at 12:31 am | In kaluarga | Leave a Comment

9hb Jun ni aku balik kampung…lama dah rasa tak balik..(Nota: lama tu bersamaan 1 bulan…:))..sebenarnya aku mmg kerap la balik…sebab ada tarikan magnet kat kampung tu..iaitu anak buah ku ..mat nasyat..

mat nasyat baru dapat adik pada 20 Mei 2009, arina syasya.. aku tak sempat jenguk lagi sebab konon2nya aku banyak la keje nak siapkan..

kali ni tak sabar nak balik lagi sebab 13hb Jun ni akan ada majlis akikah untuk 2 orang anak2 buah, iaitu anak kepada abg sy (Muhammad Rusyaidi) dan anak kepada kakak saya (Arina Syasya).

2 minggu lepas sy dah beli hadiah untuk Syasya dan Nasyat..Untuk Rusyaidi aku dah penah belikan hadiah dulu. Nasyat tu saje belikan..sebab mak dia banyak tolong aku..dia tak pernah kira walau 1 sen pun dengan adik kesayangan dia ni..

hadiahtweety tu untuk si syasya, baju merah dan oren tu nasyat yg punya..aku beli sumer tu kat sogo….murah2 dan cantik2…rasa nak borong sumer! macam la banyak duit sgt kan..:)

aku balik awal kampung pun sebab besan mak aku dan family dari sandakan sabah (Nota: abg ipar aku org sabah bah!) datang ke umah…takkan la mak aku nak masak sorang2 kan..so, aku balik la tolong…..kakak aku dah pesan seafood fresh dari sana…wah sodapnya nnt!!

aku juga tak sabar nak tangkap gambar dengan 5 orang anak buah…mesti sgt meriah nnt kan…dah pas kenduri aku update cerita ye..tungguuuu!

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.