Archive for Julai 2009

Anniversary ke-sebulan

saya dah sebulan kat ganu…tak sangka jap je…masa skang ni punya lah cepat… kalau setiap hari dtg opis tu jap je dalam malam…skang dah berani sikit balik umah kul 9-10 mlm…sorang2 je kat opis ni klu smpi malam..skang ni pun kat bilik tinggal 6 org kami je..3 org akan cuti belajar dalam masa1-2 bulan ..sorang ke Kanada, dan 2 org lagi ke New Zealand..

tinggal la kami 3 orang…yg sorang tu dah dpt offer master kat UPM…maybe ujung thn kot dia sambung..maka tinggal la saya n sorang lagi tu ..kami je budak baru..tahun depan ni kot g sambung..

huhu..banyak keje giler kat opis ni…mana nak kejar kelas lagi..mana nak study untuk mengajar..mana nak tgk tesis lagi..mana nak buat kerja opis lagi..nak chatting lagi..update blog lagi..facebook lg..ekekek

ok..dah nak sambung keje..bubye..

Add comment Julai 29, 2009

Masih di Opis

Jam menunjukkan 8 mlm..saya masih di opis…insyaAllah bermulalah saat-saat genting untuk saya pulun writing saya…tak banyak..sikit je lagi..programming part pun ada nak betulkan sikit..database tu mungkin ada penambahbaikan..

saya tak mahu tangguh lagi..masa sangat cepat berjalan…

2 comments Julai 26, 2009

yeay..berjaya!!

semalam saya berjaya snorkeling…berjaya la nampak ikan kerisi, ikan nemo dan ikan apa ntah lagi sekor tu…kaler hitam…bestnya!!!!!!

rasa cam tak puas la..masa kat laut dalam tu…tak reti lagi snokel..rugi rugi..hope next bengkel jabatan sains komp buat kat pulau lagi ye..boleh snokel lagi!!!!

bengkel dah berakhir mlm td..memandangkan saya setiausaha, byk juga kena take notes..

jabatan sains komp UMT akan tumpu pada 2 bidang kepakaran; iaitu software engireening and applied informatics..so saya berada dalam applied informatics sebab bidang saya sekarang ni artificial intelligence..

target bulan 7 ni mesti siap writing..dan sampai hujung thn ni mesti ada satu paper…hihi tak sabar nak masuk keje esok..semangat ni nak buat..

memetik kata Prof Pa (dekan fakulti sains komp UTHM) penceramah utama bengkel..nak jadi seorang lecturer ni masa pagi kena jadi Hitler..means kena buat kerja secara tegas…lagi satu kena rajin dan rajin…insyaAllah saya cuba dan akan buat..saya nak mmberi sumbangan artikel pada jabatan saya..seorang yg dihantar berkursus di Pulau Perhentian ni kosnya menghampiri RM1ooo.. so, sebagai membalas jasa rakyat (duit rakyat tu) at least ada satu artikel saya kena hasilkan…saya rasa dengan adanya monitoring system (lecturer senoir guide yg junior) sy rasa bersemangat nak terus belajar dan belajar…

1 comment Julai 25, 2009

Pulau Perhentian

Saya kini di Pulau Perhentian..tadi 3 jam kat laut…agak hitam dah skang..pergi snorkeling..tp saya tak berjaya..huhu..penakut air tul saya ni..:) maybe first time nak buat aktiviti tu..

tapi ada gak pergi tempat cetek..boleh la juga tgk ikan2…saya boleh bernafas pakai alat tu ..tapi saya tak berjaya nak terapung walaupun ada life jacket..saya panik sangat td…tiba2 saya semangat nak belajar berenang!!

malam ni baru la mula bengkel pengeditan jurnal tu…saya rasa saya perlu ambik semua ilmu yg ada…saya belum pernah menulis sebarang artikel..saya berazam saya mesti ada satu artikel bagi tahun 2009 ni..

saya betul2 nak siapkan menulis chapter2 akhir…saya mesti semangat..saya taknak biarkan anasir-anasir luar mengganggu hidup saya lagi..saya kini sedang bahagia..ada orang ambil berat..ada orang bagi sokongan belajar..apa lagi yang saya nak…semuanya saya sudah ada alhamdulillah…

terima kasih pada Dr Mai sebab bagi semangat pada saya tadi..ini masa depan saya..pedulikan kata-kata orang lain…teruskan usaha dan cita2..terima kasih juga untuk Dr MPH

patutlah Allah menghantar saya ke Terengganu…ramai insan2 yang sentiasa menyokong saya menuju ke depan..mereka tidak pernah dengkikan saya ..malah sentiasa push saya ke depan..alhamdulillah alhamdulillah

P.s..saya takut Allah cabut nyawa saya sebelum sy balas jasa kedua orang tua saya

2 comments Julai 23, 2009

Buku Percuma

Saya dapat buku percuma daripada seorang pensyarah yang mana saya bantu beliau dalam kelas lab.

Harga buku ni RM80++.. Syukur alhamdulillah..rezeki hari ni.. :)

p/s lagi seronok bila beliau puji saya di depan ketua jabatan..ni yang semangat bekerja ni :)

Add comment Julai 22, 2009

Ilmu itu bukan untuk dibanggakan

Semakin dalam kita mendalami sesuatu ilmu, seharusnya kita semakin tawadhuk dan tunduk pada Allah..

Ini kerana semakin banyak ilmu yang kita tau, semakin banyak sebenarnya ilmu kita tak tau..dan ketika itulah kita menyedari bahawa Allah sangat mengetahui segala-sagalaNya yg ada di alam ini..

Sijil, Diploma, Ijazah, Master waima PhD hanyalah sekeping sijil yang diberikan manusia sebagai tanda kita sudah melepasi sesuatu tahap pencapaian..tetapi sebenarnya itu hanya pada pandangan manusia semata..apa yang penting bagaimana kita mensyukuri ilmu yang Allah kurniakan pada kita serta bagaimana kita nak manfaatkan ilmu itu untuk diri sendiri dan orang lain..

3 comments Julai 22, 2009

Letih

Hari ni sangat letih…6 jam class direct…berdiri lak tu…maybe first time kot…lab tu sgt besar dan student sgt ramai…tp best je la kan layan kareneh diorg..sebab buat masa ni sumer under control lg..

pas class ada lak meeting 2.30pm..tp memandangkan saya ahli terbaru jabatan ..terskip takpe la kot kan…meeting kaitan ngan pelajar thn akhir..

jap g ada meeting ngan lecturer yg ajar kuliah budak2 tu…asalnya minggu lepas..tp ntah cane saya ingat hari lain, Dr tu ingat ari lain..hehe kali ni dia mesej 2 kali ingatkan saya… :-)

so, stakat ni je lah kot entry hari ni.. nak ‘merempit’ ke tempat Dr tu..jauh la kan dari fakulti sebab dia ada jawatan lain kat UMT ni..

p/s: semalam g masjid UDM, dengar ceramah israk mikraj.. banyak ilmu dpt..nnt senang2 saya tulis entry khas.. cuma nya satu keyword ustaz tu.. apa2 yg kita lakukan kat dunia ni berpunca dari HATI..sebab itu semasa malaikat Jibrail datang kepada Nabi sebelum berlakunya peristiwa itu, Jibrail telah membedah dada nabi, dan membasuh hati nabi.  JAdi, kita kena ingat apa2 pun perkara yang kita buat..mesti datangnya dari hati yg bersih..

Add comment Julai 21, 2009

Teruja

Saya tak tau berapa kali topik post sy bermula dengan perkataan “Teruja”

Tapi hari ni mmg sy teruja..sebab mungkin sebahagian impian saya terlaksana..

ala bukan besar mana pun..impian saya nak ajar budak degree aje hehe..

hari ni impian tu terlaksana..walaupun sy ajar lab sahaja..tapi saya tetap sediakan nota tambahan..menambah beberapa maklumat yang penting dalam membuat latihan praktikal (“hands on”) programming..

suka bila tgk diorang faham..yang paling best ada sorang tu tanya nak panggil saya Cik atau Dr…chewahhhhh..senyum lebar la saya time tu..saya cakap..simpan dulu panggilan tu…tunggu lagi 3 tahun ye.. :-)

bab2 perasan mmg la saya no 1 la kan..

anyway selasa ni ada lagi 2 slot kelas programming..pastu petang kena setel pasal bengkel dan jumpa lecturer subject tu..

saya sangat enjoy kerja di sini…mmg ini jiwa saya..

p/s tak sabar nak sudahkan master dan mulakan penyelidikan utk PhD..terujanya!! (Nota: teruja lagi la kann… :-) )

Add comment Julai 19, 2009

Pesta Konvo UMT

UMT hanya mempunyai 2 hari untuk graduan2nya berkonvo..ini kerana bilangan pelajarnya yang kecil dan jumlah fakulti pun hanya ada 4..

walaupun begitu, tidak bermakna pesta konvokesyennya tidak meriah..malam tadi ada persembahan 2 artis jemputan iaitu kumpulan nasyid MEstica dan Nash..

Saya sangat teruja bila Nash membuat persembahan.beliau sungguh profesional..! Tiada Lagi Kidungmu, Pada Syurga di Wajahmu antara lagu hits yang disampaikan..

Tidak ada satu pun pic yg sempat diambil kerana saya berada di belakang..kalau tangkap pun sure tak nampak punya..

Tapi ada picture lain yg saya ambil sesudah persembahan tu..

DSC00784

gambar saya bersama rakan sekerja, Buzz.. tgk muka kami..berminyakk! macam boleh goreng keropok lekor je..hikhikhihk

2 comments Julai 16, 2009

Sangat Sibuk

Tajuk kiriman  blog saya kali ini “Sangat Sibuk” tapi sila baca “Buat-buat Sibuk” :-)

Saya mula rasa ada benarnya kata-kata terakhir supervisor master saya bila dia memberitahu bila dah masuk keje ni belum tentu ada masa nak menyiapkan tesis..(tinggal writing 2 chapter akhir je lagi ni!)..tapi itulah hakikatnya..minggu depan saya mula jadi lab demo untuk subjek java…saya belum review lagi apa nak diajar sebab lecturer subjek tu sangat sibuk okk…

lepas tu 23-25 julai, saya akan ke Pulau Perhentian..ada bengkel pengauditan jurnal..pengerusi bengkel , Kak Aida suruh saya buat satu artikel sebelum g sana..adeh..kena tambah lg keje nak buat (Nota: saya dilantik sebagai Setiausaha..huhu)

lagi apa ye..ooh..saya juga wajib siapkan writing thesis tu bulan ni juga..dan saya akan turun KL untuk jumpa supervisor…pastu kena buat surat untuk kurangkan yuran semester ni..yelah bukan saya duk sana pun kan..huhu

Itulah je la kot yg sibuknya..takdelah sibuk mana kan…tp nak gak bgtau..sy sampai opis hari2 kul 7.30pagi dan sampai umah 7 mlm..semalam je terlajak smpi lepas maghrib.memandangkan sangat gelap kat luar tu..jd tak jadi nak balik lewat sgt (Nota: saya seorang yang agak penakut)

Eh ada lagi..nanti sy kena takeover kerja Kak Faezah (tutor yang akan sambung belajar ke Canada) tentang lawatan balas sebuah sekolah ke UMT..akak ni dah buat sumer keje..cuma sy kena bantu handlekan je..

Semoga bila saya sibuk2 ni..saya dapat lupakan kesedihan di hati.. :-)

2 comments Julai 14, 2009

Previous Posts


Laman

 

Julai 2009
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kiriman Terbaru

Komen terbaru

hadli pada Saya menangis lagi..
noorhafhizah pada Saya menangis lagi..
madey pada Saya menangis lagi..
cik fiza pada pasangan yg sesuai untuk aidil…
madey pada Soal jodoh

Arkib

Blog Stats

Blogroll