perasaan yang sukar digambarkan
Ogos 30, 2009 at 9:10 am | In tazkirah | 4 Commentsalhamdulillah..2,3 pagi ni saya berjemaah di masjid untuk menunaikan fardhu subuh…ada satu perasaan yang wujud yang sukar digambarkan ..gembira, indah, puas..ntahla..tak tau la nak bgtau cane..
yang pasti…saya sangat rasa akan wujudnya ketenangan dalam diri..kalau nak tau perasaan tu..cubalah….mulai pagi esok!
Jom imarahkan masjid!
bila dah kena puji
Ogos 26, 2009 at 6:00 am | In 1 | 1 Commentbila dah kena puji jadi malas la kan..adehhh..ari ni keje apu pun xjadi lagi ni..alamatnya kena stay back la ganti masa yg dah disia-siakan sejak dari pagi..
skang ni kat bilik tutor/felo dpt sorang sebiji PC baru…beso weii flat screen dia…pehtu kan HP lak tu..semangat tgk movie la kan..hehe..ish taklah..semangat wat keje la…berkobar-kobar ni..!!
Kembang semangkuk :)
Ogos 25, 2009 at 5:51 am | In 1 | Leave a CommentAri ni mcm kembang semangkuk la kan bila lecturer subjek programming puji saya..haha (pantang kena puji tul!!)
mungkin inilah balasannya bila kita wat kerja dengan ikhlas..mmg itu niat saya bila saya masuk kerja di UMT..
segala ilmu yang ada walau tak seberapa ini ada dikongsi bersama-sama dengan anak-anak didik..kalau saya tau 80%, anak-anak murid mesti tau dengan jumlah peratusan yang sama..apatah lagi kalau dah tau 100%..saya sgt berharap semua pelajar saya tau apa jua yg saya tau..
seronok sangat hari ni mengajar walaupun sedikit letih..kelas direct 6 jam..tapi saya habiskan sedikit awal..sebab letih sgt bercakap tak berhenti!!
sebenarnya punca lecturer tu puji sebab minggu depan saya nak buat kuiz..asalnya dalam evaluation subjek ni takde kuiz pun..tapi saya fikir saya perlu buat juga untuk tahu 3 kelompok pelajar..iaitu pelajar lemah, pelajar yg sederhana dan pelajar bagus. Untuk pelajar lemah, saya bercadang untuk buat kelas intensif yang mana dalam kelas tu saya akan bagi extra latihan. Tiada bayaran lebih (overtime) pun saya dapat cuma saya akan berasa satu kepuasan bila student saya SEMUA faham apa yang saya ajar. (Poyo kan..hehe)
pastu lecturer tu pun tanya performance saya dalam lab kepada pelajar2..diorg cakap saya ajar bagus..muahaha..bertambah kembang la kan..haha..so memang sesuai la tajuk post hari ni..”kembang semangkuk” ..hehe
p/s: saya tak berniat untuk memuji diri apatah lagi membangga diri..tapi itulah..semuanya kenyataan belaka..heheheheh
Turun KL..yeay!!
Ogos 23, 2009 at 9:01 am | In 1 | 2 Comments2hb September saya akan turun KL…minggu lepas lagi supervisor sms ckp dia dah siap semak..ada banyak kena tmbh lagi n kena wat refinement..
tak sangka seminggu je dia ambik masa utk semak..walaupun kena buat bnyk penambahan..takpelah..yg penting lepas ni buat correction utk final draft huyeeeeeee!! pastu leh hntr kat examiner..
minggu ni start bulan posa..jd sy masak kat umah..first menu..asam pedas rebus ngan sayur kangkung masak belacan..sempat lak snap picture bawah tu..hehe

ari ni nak masak sambal udang ngan sayur kubis lemak lak..ada sape2 nak? hehe
Kosong
Ogos 17, 2009 at 8:42 am | In 1 | Leave a CommentSaya tak tau kenapa akhir2 ni jiwa saya kosong..rasa jauh dgn Allah…ya Allah ampunkan dosa aku..
aku dah siapkan writing thesis…ye, aku gembira..tp kegembiraan tu tak sepenuhnya..hati ni semakin risau..mungkin risau thesisku diperam oleh supervisor..
selepas abis tempoh pengeraman, kemudian, sudah tentu ada correction..setelah correction dibuat nnt…ntah berapa lama pula thesis tu diperam oleh examiner luar dan dalam..
susah kan nak dptkan sekeping sijil..mula2 rasa kan best kalau buat full coursework dulu..1 thn dah siap..tapi fikir2 balik..perjalananku masih jauh..bukan setakat master ni je..huhu
kalau fikir pasal dunia belajar..dah lama rasanya mengabdikan diri pada buku..selepas tamat sekolah..aku buat matriks sethn, degree 3 thn..berhenti jap belajar..mengajar di ipts 1 thn setengah..kemudian buat master 2 thn..lepas tu skang masuk keje la kan sambil menyiapkan tesis..now, tesis dah siap..tunggu masa je nak dibetulkan dan hntr ke examiner..
skang baru nak cari tempat PhD..tanya Ketua Jabatan..bidang apa aku kena sambung..dia kata tunggu dulu..tengok dulu perancangan jabatan..mungkin aku takkan sambung tahun depan..mungkin kena masuk mengajar..atau mungkin juga sambung..semuanya ketentuan Allah..DIa tahu yg terbaik..
kembali ke tajuk “kosong”..mungkin aku dah lama tak duduk atas tikar sejadah untuk melakukan perkara yg aku pernah buat dulu..bangun solat malam..teringat kata-kata motivasi Prof Muhd Kamil.. beliau dulu tiap-tiap malam selama setahun bangun menunaikan solat hajat..untuk mendapatkan jawatan profesor. Kenapa tidak aku melakukan perkara yang sama? bangun solat malam supaya Allah mudahkan pengajianku, pekerjaanku dan juga jodohku..
“ya Allah..berikanlah aku kekuatan untuk melakukan kembali apa yang aku pernah lakukan dulu..beri kekuatan untuk aku bangun solat malam, mengerjakan solat dhuha serta mengaji al-Quran..
ya Allah..bersihkanlah hatiku dari syak wasangka terhadap orang lain..bersihkanlah hati ni supaya sentiasa tenang dan mengingatiMu ya Allah..
sesungguhnya aku hamba yg lemah yg memerlukan kekuatan rohani dariMu ya Allah..”
Amin ya rabbalalamin..
Pulau Perhentian Lagi
Ogos 13, 2009 at 3:11 am | In 1 | Leave a CommentBaru sahaja 2 minggu lepas saya ke Pulau Perhentian Besar..semalam saya baru sahaja pulang dari Pulau Perhentian Kecil..hari tu pergi sebab ada bengkel..kali ni pula sebab buat survey tentang penggunaan ICT di kalangan penduduk..
Banyak pengalaman yg saya dapat..malah daripada hasil survey tu menunjukkan ramai di kalangan penduduk bertaraf miskin..saya sgt rasa bersyukur dengan kehidupan saya sekarang ni..alhamdulillah..
seramai 4 orang warga UMT menjalankan survey tu, En Mat Nor, Aizat, N dan saya…mula2 cam malu la nak interview..pastu takde malu dah…kami pergi rumah ke rumah..sedih tgk kedhaifan mereka…tp mereka sangat menghargai kedatangan kami ke sana..kalau berjaya, Pulau Perhentian Kecil akan dilengkapi dengan kemudahan internet dan komputer secara percuma..projek seumpama ini telah berjaya dilaksanakan di Bario, Sarawak yang dikenali sebagai e-bario.
Setelah sasaran survey kami tercapai…kami pun menggunakan peluang yg ada untuk meneroka pulau..di belakang kawasan penduduk merupakan pantai pasir panjang atau lebih dikenali sebagai Long Beach Pulau Perhentian…ada 2 cara untuk ke sana sama ada menaiki teksi air (bot) atau jungle trekking..kami memilih cara kedua…ingatkan dekat je la kan..rupanya pendakian itu memakan masa selama 1 jam setengah!
En Mat Nor n aizat sgt risaukan saya berbanding N..N tu walaupun kecik orangnya tapi lasak..saya pula sebaliknya…mmg kagum la dengan diri sendiri sebab berjaya mendaki bukit tu!
Bila dah sampai je kat Long Beach, segala penat lelah macam terus hilang sebab pantainya sangat-sangat cantik! Rasanya kami berempat je pelancong tempatan..lain2 sumer mat dan minah salleh berjemur…cuci mata la kan..hihi
Aizat orang pertama yang terjun ke laut..diikuti saya, En MAt Nor dan N..satu jam mandi tak puas sebab takde corel pun dlm laut..pasir dia sangat halus..patutla menjadi pilihan Mat n Minah Saleh
Balik tu kami naik teksi air sebab rasa tak sanggup dah nak daki bukit …:)
Bawah ni antara picture yg sempat diambil
kat jeti..tengok ikan2 kecik kat situ..air dia mmg sgt jernih..masa ni kat pulau perhentian kecik lg
Posing dulu sebelum memulakan pendakian
Perjalanan bermula…..
Dah masuk kawasan hutan..tapi masih sempat posing
muka yang kepenatan tapi masih maintain
berhenti sekejap untuk menghilangkan lelah
Si penangkap gambar..N
Long Beach Pulau Perhentian..pandangan dari atas..cantik kan?
yang ni lagi cantik
dah kat Long Beach..comey kan Penyu tu!
Esoknya (12 Ogos) kami pulang semula ke darat…insyaAllah ada rezeki kami datang lagi untuk mengotakan janji dan harapan para penduduk Pulau Perhentian Kecil..
Ni last picture snap dalam bot..biasalah mat n minah salleh je la kan satu bot tu

saya dengan pak saleh

dari kiri, N, mat saleh, minah saleh, aizat n en mat nor
p/s Hari ni saya sangat gembira..saya dah sudahkan writing thesis saya dan thesis saya sudah selamat berada di dalam pigeon hole supervisor saya Dr Rohana… Thanks to Baz sebab tolong saya hantarkan sampai ke UM..
Jadikan kritikan pedas itu suatu penghormatan
Ogos 6, 2009 at 12:33 am | In 1 | Leave a Commentmuqaddimah bahagian ke-5 oleh Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dimulakan dengan satu fakta yang tiada siapa dapat menafikannya, bahawa bukan sekadar manusia seperti kita yang lemah, dan sedang berusaha untuk perbaiki diri, malah Allah, sebagai Tuhan turut mendapat celaan dan cacian orang-orang yang pandir tidak beraqal. bukan sekarang, malah sejak dahulu lagi. manusia seperti Musyrikin Mekkah, Yahudi dan lain-lain hatta hari ini mencaci Allah, Rabb Jalil. malah Muhammad, seorang lelaki yang diutuskan Allah sebagai seorang nabi, khatimul anbiya’ yang lagi ummiy turut tidak terlepas dari kritikan dan celaan; sebagai contoh dalam surah al-Masad yang menceritakan nabi Muhammad yang menjadi bahan cela Abu Lahab.
dan mereka ini, tidak akan sekali berhenti untuk mengkritik, mencela dan menghina, tidak! tidak sekali mereka akan berhenti selagi kita tiada masuk ke dalam lahad, selagi kita masih bernyawa, selagi kita tidak memijak tangga langit dan berpisah daripada mereka. apabila kita ada di sekeliling mereka, perbuatan mereka sering kali membuatkan kita terdiam, sedih, dan menitiskan air mata dan memusnahkan pula ketenangan hati kita.
fakta yang ingin disampaikan oleh Dr. ‘Aidh al-Qarni ialah, mereka ini cemburu dan hasad terhadap kita adalah kerana akhlak yang dimiliki, ilmu yang dikuasai, peri laku yang baik, meungguli mereka dalam perkara kebaikan. sepertinya kita di hadapan mata mereka adalah orang yang memikul beban dosa yang tiada ampunan buatnya. selagi mana ahsanul akhlaq ada pada diri, maka selagi itu kita akan disakiti, tidak selagi kita tidak menjadi bodoh, pandir, tolol mahupun carca merba.
oleh itu, hendaklah apabila kita terdengar kritikan dan hinaan daripada golongan manusia ini, dikuatkan jiwa dan semangat yang ada. Dr. ‘Aidh al-Qarni membawa satu perumpamaan iaitu jadilah seperti batu karang; tetap kukuh berdiri meskipun ditimpa bertubi-tubi oleh salji dan kerana itu ia semakin kukuh. penjelasannya, sekiranya kita terusik dan terpengaruh dengan perkataan-perkataan mereka ini, maka bermakna kita membenarkan mereka untuk membobrok dan mencemarkan hidup anda! walhal yang terbaik untuk berdepan dengan mereka ini adalah dengan menunjukkan akhlaq yang baik dan tiada pula terusik dengan bicara mereka. terimalah kutukan mereka sebagai suatu penghormatan, yakni, semakin tinggi posisi kita samada di tengah khalayak atau pada pandangan Allah, maka semakin pedas pula kritikan mereka.
maka, secara khulasahnya dapat kita fahami, bahawa kita tiada mampu untuk menutup mulut mereka daripada bicara yang kotor, cercaan yang menghina, kerana mulut manusia bukan mulut tempayan, apabila sudah penat berhentilah mereka. oleh itu, jangan kita terusik atau terasa dengan bicara mereka yang tidak bermanfaat. tabahkanlah hati dan serahkan segalanya kepada Allah kerana Allah maha Mendengar, maha Melihat, maha Mengetahui, maha Kuasa dan Dia bersama dengan orang-orang yang sabar.
teks dari : http://thetalkingpen.blogspot.com/2008/03/la-tahzan-5-jadikan-kritikan-tajam.html
makan-makan kat opis
Ogos 3, 2009 at 2:52 am | In 1 | Leave a Commentuntuk minggu ni aku dah di’book’ oleh n utk temankan dia kat umah dia..mak ayah dia out-station..jadi dia takut la nak duk sorang..maka dia ajak la aku yg konon2nya berani la sgt kan..
memandangkan n dah memberi lesen utk buat cam umah sendiri kat umah dia..maka dengan itu aku mengajak n petang semalam g pasar sb aku kepingin sgt nak masak laksa penang..
alhamdulillah plan tu berjaya ..dan pagi ni aku dah bawak p opis…saje seronok2 utk bagi kawan2 makan..
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.