Soal jodoh
September 28, 2009 at 3:18 am | In 1 | 5 CommentsSedar tak sedar (mmg sedar pun) umur dah semakin meningkat…thn 2009 hampir berakhir..dan umurku sudah menghampiri ke angka 27 pada Januari 2010 nnt.. cepat sungguh masa berlalu..(petanda awal bumi semakin tua)
dalam hidup ni tak semua yg kita inginkan akan dapat dengan segera bukan…bukankah Allah akan kurniakan sesuatu yg kita perlukan daripada sesuatu yg kita inginkan..?
Jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya berada dalam ketentuanNya..siapa yang tak ingin kehidupan berkeluarga..tipulah kalau ada orang yang ingin hidup bersendiri sampai bila-bila…dia sebenarnya sudah melanggar fitrah semulajadi makhluk Allah yg hidup berpasang-pasangan..bukankah ini sudah dijelaskan berdasarkan firman Allah dalam surah adz-Dzariyat
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”
Kadang-kadang bila rakan bertanya, kenapa masih sendiri..memilih sgt mungkin…kata mereka.. Bukan saya memilih yang keterlaluan..tapi memang saya perlu untuk memilih lelaki bujang yang menegakkan tiang agamanya bila tiba waktu solat…tetapi berapa ramaikah lelaki yg begitu?
Mari saya kongsi kisah yang saya alami ketika pulang dari kampung menaiki bas ekpress dari Ipoh ke Kuala Terengganu..memandangkan perjalanan yang saya alami sangat jauh kira-kira 8 jam perjalanan…maka ketika waktu solat subuh, pakcik pemandu bas berhenti solat di salah sebuah masjid di Besut..sangat menyedihkan apabila bilangan penumpang yg turun tak sampai pun 1/4 jumlah keseluruhan penumpang! Lebih daripada separuh penumpang adalah lelaki..jadi adakah mereka itu uzur atau datang bulan?? Hairan sungguh saya..
Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan saya yang membaca entry kali ni yang sudah mempunyai anak, atau bakal mempunyai anak..didiklah mereka dengan sebaiknya…janganlah asyik menerapkan ilmu akademik semata-mata, tetapi lupa dengan ilmu ukhrawi yang sememangnya bekalan kita nanti..
Jangan lupa yang kita baru berada di destinasi ke 3 iaitu alam dunia (pertama alam ghaib, kedua alam roh)..masih ada 2 destinasi yang perlu dituju…destinasi keempat alam kubur dan akhir sekali perjalanan hidup kita akan berakhir di alam akhirat..
Wallahu’alam
5 komen »
Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
apa kena dengan tajuk diatas tu….
Komen oleh dupahang — September 28, 2009 #
hahaha…saje nak tarik perhatian…
Komen oleh noorhafhizah — September 28, 2009 #
kna la jugak tajuk tu sbb memilih jodoh di kalangan lelaki yg menunaikan solat..kn mak incik..
Komen oleh fiza — September 29, 2009 #
hheheh..sgt betul cik fiza..mmg itu pon poin yang ai nak bgtau! mmg u memahami..:)
Komen oleh noorhafhizah — September 29, 2009 #
madey pon setuju…sgat sedih tgok situasi itu berlaku
Komen oleh madey — Oktober 3, 2009 #